Friday, 1 July 2016

aziz singah sudah tiada

Di ambil dari fb aznil hj nawawi


KUALA LUMPUR 2 Julai - Pelakon veteran Datuk Aziz Singah telah kembali ke rahmatullah sekitar pukul 11.30 malam ini.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh anak arwah, Ruzaimi Aziz.

Aziz yang popular menerusi drama bersiri Sembilu Kasih meninggal dunia selepas menderita penyakit kanser prostat tahap empat.

-AlFatihah-


Cara pindah akaun coc dari android ke ios (part 2)

Cara pindah akaun coc dari android ke ios (part 2)

Ok yang ni part ke 2 ok. Sapa2 yang belum tengok part 1 tu bole click sini
Ok sekarang di iphone korang. Pertama pastikan akaun icloud yang kamu mau daftar tu pastikan tidak di register di mana2 akaun coc yang lain ok. Lepas tu click link device
Oo lepas keluar mcmni click this is the new device
Ok lepas tu dia akan keluar mcmni. Ingat lagi code yang kamu buat dari android tu? Code tu paste kan ke sini. Selamat mencuba.
Kalau rajin2 follow la shop admin di instagram okClick sini
Jangan lupa like fanpage admin yaclick sini

Saturday, 18 June 2016

Cara pindah akaun coc dari android ke ios (iphone)

Cara pindah akaun coc dari android ke ios (iphone)

Hi askum semua hari ni nk ajar skit cara2 pindah akaun coc kamu dari android ke iphone tu. Banyak kawan yg bertanya mcmna nk pindah tu? Hmm aku ingat semua sudah tau. Sebab benda ni senang ja sebenarnya. Tapi apa2 pun mari la admin nk ajar skit kepada siapa2 yg tk tau tu.


Ok. Mula2 sekali pegi setting di akaun coc kamu yg di android tu. Akaun yg kamu nk pindah tu ok. Lepas tu tekan link device
Ok lepas tu tekan this is the old device

Then tekan i want to link to another device

Ok lepas tu dia akan ada keluar code mcmni. Ingat code hanya bertahan selama 2minit. Lepas 2 minit kena buat yg mcm tadi balik la untuk dapat code balik. Ok lepas tu biarkan mcmni jangan tutup coc lama kamu tu. Lepas tu terus pegi ke iphone kamu buka setting di sana lagi.

Bersambung part ke 2click sini


Wednesday, 1 June 2016

Cara buat cakoi

Cara Buat Cakoi


Bahan-Bahan:

1kg tepung gandun
1 pkt instant yeast (mauripan)
½ cawan minyak mazola}
1½ cawan gula pasir*
3½ cawan air*
sedikit garam* (* satukan)
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh air kapur
2 biji telur

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaulkan.

2. Masukkan bahan bertanda (*) yang telah dilarutkan bersama air.

3. Uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.

4. Tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi.


5. Uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.

6. Ambil sedikit adunan dan canaikan. Potong bentuk memanjang 7 X 2 cm.

7. Guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.

8. Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.

9. Ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana. Goreng sehingga garing. Enak dimakan bersama bubur.
Korang kalau rajin tengok2 la shop admin di instagram yeClick sini

SAHKAN AL-QURAN ANDA ADALAH YANG ASLI

SAHKAN AL-QURAN ANDA ADALAH YANG ASLI

Assalammualaikum wbt
Hanya tingga beberapa hari sahaja kita akan mengatakan...

Selamat Datang bulan kemuliaan...
Ramadhan al mubarak..bulan al-quran...

Pagi yang barakah ini admin nak kongsikan 1 tips mudah untuk anda pastikan al-quran yang anda baca adalah yang asli...tips ni admin pelajari dari ustaz yang mengajar tajwid di pusat al-baghdadi....semoga bermanfaat

SILA PASTIKAN huruf pertama surah al-fatihah iaitu alif...diatasnya adalah bertanda HAMZAH WASAL - simbol seakan huruf sod
(harap betullah ejaan ruminya)...jika bertanda selain dari tersebut..mohon jangan gunakan....

Semoga Allah memberkati perkongsian ini dan post ini dijauhkan dari fitnah..amin ya rabball alamin..
Korang kalau rajin tengok2 la shop admin di instagram yeclick sini

Monday, 23 May 2016

5 tempat yang mesti di lawati di kota kinabalu

5 tempat yang mesti di lawati di kota kinabalu

Kali ni admin nak share sikit benda yang lain sikit. 5 tempat yang harus anda lawati ketika berada di kota kinabalu, tempat tempat ini sebenarnya sudah biasa dan selalu di kunjungi oleh orang sabah sendiri, dan kebanyakannya masuk secara percuma hehe. Jadi jom kita tengok apa saja tempat tempat itu.

Centre point kota kinabalu


Centre point kk adalah di antara shopping mall lama di kota kinabalu sabah, sebut saja centre point semua orang tahu. Ia umpama pusat bandaraya bagi kota kinabalu sabah. Kebanyakan anak muda menghabiskan masanya di sini. Dan yang peliknya, biarpun ada banyak pusat2 mall yang tumbuh ibarat cendawan di kota kinabalu ini. Centre point tetap ramai pengunjung. Centre point tetap menjadi pilihan hati bagi orang orang kota kinabalu.




Bukit bendera kota kinabalu

Bukit bendera menjadi pilihan ke 2. Anda dapat melihat permandangan indah di sini. Dan dapat melihat hampir semua kawasan bandaraya kota kinabalu. Harga bayaran admin kurang pasti berapa. Sebab dulu2 admin ingat masuk free jak. Hehe.

Tanjung lipat kota kinabalu

Tanjung lipat adalah tempat yang baru. Sebelum ni kebanyakan orang pergi ke tanjung aru untuk menikmati suasana pantai. Tapi sekarang tanjung lipat lah yang ramai pengunjung. Boleh berjoging. Sambil melihat keindahan di senja hari. Tanjung lipat sebenarnya berdekatan dengan masjid likas kk.


Pasar filipina kk

Paling rugi kalau tidak berkunjung di sini. Pusat makanan laut yang segar dari ladang. Harga pun sangat la murah. Ada yang sudah siap masak ada jugak yang masi mentah kena jual. Admin sangat2 galakan korang datang ke sini ya.

Pulau gaya kota kinabalu

Pulau ni sangat la dekat dengan bandaraya kk. Dalam 20minit je perjalanan ke sana dengan menaiki bot. Harga sewa bot dalam rm30. Bila pergi ke waterfront bole nampak keindahan pulau ni. Bole bermalam sana. Beriadah bersama keluarga. Panggang2 macam tu hehe.

Ok la tu je admin dapat share buat masa ni.
Dan korang kalau rajin follow la shop admin 
di instagram dengan facebook ye.
Instagram:click sini
Facebook:click sini
Bye assalamualaikum.